hagemaru comell ami
kongsi kongsi cerita
0 do komen
tengah hari yang agak panas ni aku nak bincang-bincang pasal maaf pulak. fuhh, baru je balik kelas ni. masih panas dan kepenatan. memandangkan pukul 2 nanti ada lagi kerja yang patut dibuat dan mengharapkan komitmen tinggi, aku besarkan mata untuk elak tidur tengah hari. ti makin melerat pulak tido tu kan. so, aku cek lagi draft entry-entry ni. mana tajuk best yang aku nak bincang. so, biar tengah hari ni aku bincang pasal kemaafan jap. 



kemaafan, maaf! apa itu maaf? aku pun tak tahu la definisi ikut kamus dewan dia apa sebab aku student math ni, tak simpan kamus dewan dalam bilik. huuu~ tapi apa yang aku faham, maaf ni adalah satu lafaz yang diluahkan apabila kita melakukan kesalahan.tak kisah la kesalahan tu kecil ataupun besar tapi dengan cara yang lagi beradap, kita ucapakanlah maaf tu. lagi bersopan dan beretikan bukan. 

saya minta maaf "
maafkan saya "
" maaf "

tak kisah la macam mana ia dilafazkan, tapi tujuan dia tetap sama bukan. tapi persoalan aku kat sini, senang atau pun tidak kemaafan ni dilafazkan?berbeza manusia, berbeza situasi, berbeza kesalahan kan. jadi kemaafan juga dilafazakan dalam keadaan yang berbeza. ada yang senang dan ada yang susah. ok la, apa yang perhatikan, kebanyakan orang ni kadang-kadang ego sangat nak sangat cakap maaf. nak kata kesalahan tu kecil sangat, ada je orang lain boleh cakap maaf kalau kesalahan macam tu. contohnya, aku tak cakap orang lain la, aku pun kadang-kadang memang ego sangat nak cakap maaf ni. aku tahu tu memang salah aku. kenapa boleh jadi ego? sebab kita tengok dulu pada siapa maaf tu kita nak cakap. yup! kepada siapa. siapa tu memang sangat penting.


kalau kita buat salah dengan adik kita ke, macam nak tak nak je kan cakap maaf ni. yelah, apa kes pulak aku yang lagi besar dari dia nak kena minta maaf bagai pulak. tak cool la macam tu. haha. sapa pernah fikir macam tu jugak? senang cakap, kalau kita wat salah dengan orang yang pangkatnya lebih rendah ke dari kita mesti kita macam wat-wat ego je nak cakap maaf. memang lumrah macam tu. yang di atas bangga dengan pangkatnya so bila ada salah sikit, mulalah ego melambung naik. setakat maaf ni tak payah cakap la, ko pun boleh tahu kan dalam hati aku minta maaf. eh, ada ke gitu?!_____!

lagi satu kalau kita jenis yang confident habis la, bak kata orang putih, over confident la. yang ni sah la semua orang kalah dengan dia sebab bab cakap mesti nombor satu. memang tak de orang boleh lawan laa. sorang cakap A, sorang cakap B. gaduh punya gaduh, bagi pendapat sakan, cadangan mengalahkan sidang parlimen, semua hujah dah habis bentang ni tapi last-last memang kantoi salah dengan mata. semua usul memang tak leh guna pakai tapi disebabkan over sangat confident tu, tup tup la salah, yang kalah tu ada bran ke nak minta maaf? jujur la kan, mesti rasa malu nak cakap maaf. kalah pun wat diam je. haha. maaf tu memang tak leh nak luah laa. malu punya pasal. 



ok, tu hal yang biasa kita dengar la kan tapi apa yang aku nak bagitahu kat sini, ada sesetengah perkara tu kena memang kena lafazkan maaf. tak kisahlah kita ego, keras kepala ke, kalau tu memang salah kita, lafazkanlah maaf tu sebab mungkin suatu hari nanti kita tak sempat nak lafazkannnya lagi. kadang kala la kan, kita ni segan sangat, malu sangat, ego sangat nak minta maaf tapi dalam hati kita still teringat je. betul tak? kita mengaku tu salah kita, tapi silapnya tak minta maaf je. tapi percayalah, sekali kita sedar tu salah kita, memang kita ingat sampai bila-bila kalau kita asyik pendam je. lebih-lebih lagi kalau kesalahan dengan parents. ada sesetengah orang tu memang ego sangat minta maaf dengan parents. tak dinafikan ada je yang macam tu. tapi sebelum kita menyesal kemudian hari, lafazkanlah maaf itu! mungkin dengan cara tu hati kita akan lagi tenang. insyaAllah :))




Thanks for reading :)




comel disclaimer ♥


sila talk2 jalan2 dekat cini . okayy keep touch sorry if tak cantik . sekadar melepass geram . kayy story come



♥Profile
♥Stuff



♥ scream here ♥

.


♥ Credits ♥


Template By: Nurul Afiqah
Big helped: Aulia Septiya
Edited: ami hagemaru
lovyou♥

amyra idris
copyright by amyza ramli !